airmata ini mengalir lagi.. tapi untuk apa aku sendiri kurang pasti.. seringkali juga airmata ini menjadi teman setia saat aku merasakan kesakitan di dalam hati.. "Ya ALLAH, bantulah hamba-Mu ini Ya ALLAH.. sesungguhnya hamba-Mu ini mengharapkan batuan daripada-Mu.."
aku tahu ALLAH tidak akan menguji
hambanya melebihi batas mampu, tapi kadang kala aku merasakan aku tidak
cukup kuat.. hati ini terlalu rapuh dan hampir goyah dengan dugaan yang
bertindan.. teman rapatku berkata "ALLAH menguji kita kerana kita
makhluknya yang teristimewa.. kita insan terpilih, kerana ALLAH
menyayangi kita maka DIA memilih kita untuk diberi ujian yang sebegini
berat.. Alhamdulillah seandainya dengan ujian yang DIA berikan aku mampu
mendidik hati agar terus cekal dan tabah.. namun kadangkala aku hampir
kalah, hampir tersungkur saat aku diuji dengan ujian yang aku kira
sangat berat.
seringkali aku cuba mententeramkan orang
lain agar redha dan tabah menghadapi ujian yang ALLAH berikan namun bila
aku sendiri yang diuji aku hampir kalah dengan hasutan-hasutan iblis
laknatullah yang memang sentiasa ingin memesongkan dan meruntuhkan iman
manusia. bukankah syaitan, iblis dan yang seangkatan dengannya pernah
berjanji akan berusaha untuk menyesatkan anak-anak adam dan hawa hingga
saat roh berpisah dari jasad.. sungguh aku tidak mahu menjadi hamba
ALLAH yang seumur hidupku hidup dalam laknat ALLAH.. aku tidak mahu
menjadi makhluk yang tidak pernah mahu berterima kasih kepada
Penciptanya.. aku tidak mahu menjadi hamba yang tidak pernah bersyukur
dengan setiap pemberian-Nya.. aku tidak mahu seperti itu..
aku mahu menjadi hamba yang sentiasa
berada di dalam redha dan rahmat ALLAH.. yang sepanjang hidupku di bawah
lembayung kasih Sang Pencipta, yang sentiasa bersyukur dan berterima
kasih di atas segala pemberian-Nya.. tapi mampukah aku untuk menjadi
seperti itu?
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.
BalasHapusknpa pi?
BalasHapus